//Muslimah Beautiful\\

*Disclaimer




Hello and Welcome my kawan blogging(s). WELCOME TO MY DIARY ! :)

Be nice here, follow please!! :)



The Cbox Song



♦ URL blog wajib ade not email
♦ Harsh words & Anon not allowed


Credits


This skin is made by : Mrs. AF
Some helped from :
Ayesha
Some coding from :
Syarah
Using basecode :
SyaSyakimsyasya

All rights reserved ® Your Name 2011 - 2012




Saturday, September 12, 2015 8:50 PM 0 Atashinci(s)


Kata-kata terakhir sebelum meninggalkan semua kenangan. Awak, bacalah setiap isi luahan hati saya....kalau awak sudi :)








“Akan ada satu masa,
Bila aku dengar nama kau,
Hati aku tak rasa apa apa.
Kosong.”

--

Dengan berkata “Allah itu pengampun” bukan tiket untuk terus berdosa. Tapi ianya adalah peluang menjadi baik untuk hamba pendosa mcm kita.

--

“When a man has knowledge of Deen, he can lead his family with respect.
When a woman has knowledge of Deen, she can lead her children in humility.
When children have knowledge of Deen, they can lead their parents to Jannah.”

--

“When Allah closes a chapter in your life, don't try to reopen it”

--

“This Dunya is like a shadow. If you try to catch it, you will never be able to do so. If you turn your back towards it, it has no choice but to follow you.”
Ibn Qayyim Al-Jawziyyah

--

"Allah takkan membebani hambaNya lebih dari kemampuanya". Hidup ini penuh ujian. Kau dengan aku berbeza. Tapi kita tetap sama. Kau Dia Mereka. Ujian kita berlainan. Kemampuan kita berlainan. Engkau. Engkau sanggup diri tempat aku? Hidup penuh dengan cerita yang tak dapat dihuraikan. Hidup dengan pelbagai ujian. Engkau boleh tersenyum seperti mereka yang masih tersenyum tika ujian datang menyapa. Engkau mampu? Mungkin iya mungkin tidak. Kau dan Aku adalah manusia yang lemah tapi dengan izinNya kita masih berdiri sehingga hari ini. Tapi tertanya apa yang sudah aku lakukan sepanjang hidup aku? Aku masih leka dengan dunia...

--

Kadang.
Akan ada duka yg tidak akn mampu kita kongsi. Walau ada seribu telinga yg mahu mendengar. Walau ada seribu mulut yg akan bertanya 😣

--

"Kau tahu apa yang paling sia sia?"
.
"Pedia?"
.
"Hidup lama dekat dunia, tapi berakhir di lautan Neraka."

haha k bye -,-

--

“Maybe I don’t cry, but it hurts.
Maybe I won’t say, but I feel.
Maybe I don’t show, but I care.”

--

Bukan semua orang boleh terima kita bila mereka dah tahu siapa kita yang sebenarnya

--

Imam Ali bin Husain ditanya kenapa wajahnya pucat bila nak solat . Dia jawab : " Tahukah kalian depan siapa aku akan menghadap ? "
Malam...

--

“Three things you cannot recover in life: The moment after it’s missed, the word after it’s said, and the time after it’s wasted”

--

mulut kau kata kau tabah,
tapi hati kau hanya Allah yang tahu
walaupun kau jauh, aku doakan kau tabah, mohon bertahan seketika,
Allah uji sebentar, Allah sayang,
jaga diri di sana, jangan terus mengalah,
ingat , Allah ada bersama,
ajal maut di tangan Allah, kita masih mampu berusaha sayang, ingat Allah takkan uji seseorang di luar kemampuan mu, hati kena kuat. aku doakan kau dunya wal akhirah, nanti satu saat kita pasti bertemu, bertemu kerana Allah, dan mungkin berpisah kerana Allah. InsyaAllah setiap yang jadi ada hikmah.

--

"awak ni perempuan tapi ganas kemain"
.
"awak jangan cakap banyak. nak rasa manja dan lembut saya, masuk meminang lah"

--

C.I.N.T.A.K.U K.E.R.A.N.A A.G.A.M.A.M.U
.
.
"Di nikahi wanita itu kerana empat perkara;
.
kerana hartanya,
.
keturunannya,
.
kecantikkannya,
.
dan........agamanya..
.
Maka pilihlah kerana agamanya nescaya
beruntung kedua-dua tanganmu."
.
..........................(Riwayat Bukhari & Muslim)

--

"Dan kahwinlah org bujang dripada kalangan kamu,dan org yg soleh dripada hamba2 kamu,lelaki dan perempuan.Jika mereka miskin,Allah akan memberi kekayaan kpada mereka dan limpah kurnia-Nya,kerana Allah Maha Luas Rahmat-Nya,lagi Maha Mengetahui." (an-nur 23: 32)
.
"Makanan dua org dpt mencukupi tiga org,dan makanan tiga org dpt mencukupi empat org." (riwayat bukhari dan muslim)

--

Setiap orang punya cerita tersendiri
Setiap orang punya ujian tersendiri
Setiap orang punya kelemahan tersendiri
.
Kau lihat
Orang yang berdiri di depan kau itu
Tersenyum. Manis.
Ketawa riang
Senyuman bahagia seolah tiada masalah,
 tiada bebanan yang harus difikirkannya
.
Tapi tahukah engkau
Yang tersenyum itu pernah jatuh berkali2?
Pernahkah kau terfikir yang tersenyum itu sering menangis di saat waktunya bersama Dia Yang Maha Mendengar
.
Pada pandangan kau hidup dia cukup bahagia
Tambahan, harta yang dimiliki
Sahabat , Rakan yang tak putus bagi semangat padanya
Bagi engkau itu semua bahagia kerana engkau tidak memilikinya
.
Tapi pernahkah kau tertanya,
Adakah semua yang dimiliknya adalah jaminan kebahagiaan baginya?
Pernahkah kau mencari titisan air mata jernih disebalik wajah yang sentiasa ceria itu?
.
Jangan mudah mentafsir kehidupan seseorang andai kau tidak pernah berdiri di tempatnya dan merasai sendiri derita yang dilaluinya.
.
Ujian bukanlah bebanan
Ujian itu menguatkan hati yang lemah
Jalan ke syurga bukan mudah
Syurga itu mahal
Sabar dalam setiap ujian datang :)

--

"Jangan ganggu wilayah saya"
"Wilayah ? Lawak hambar apakah?"
"HATI saya wilayah saya. Nak masuk kena ada pass nikah"
"Hamboii ayat"
Kite cinte pas nikah, eh ?  😂 ✌ hahaha

--

Bila hati mula berbicara
Tidak aku minta segalanya Dipermudahkan
Yang aku harapkan adalah Kekuatan agar aku kenal erti Kesabaran agar aku Kuat dalam setiap ujian. Malam :)
181214
12.30
-nrmn-

--

Sebelum nafas ini terhenti
Sebelum mata ini tertutup buat selamanya
Aku ingin kamu tahu
Mengenali kamu adalah ukiran kebahagiaan dalam hidupku
Walau aku disakiti
Walau aku dilukai
Di saat aku mengetahui segalanya
Di saat aku melihat kamu bahagia dengan orang yang kamu sayang
Ketahuilah,
Bahagianya aku bila melihat kamu tersenyum dan bahagia atas apa yang kamu pilih
Tidak sedikit pun rasa benci atas luka yang pernah kamu tinggalkan dalam hidupku
Aku hanya tersenyum penuh luka
Bahagia melihat kamu tersenyum
Adalah kebahagiaan buat diriku juga
Terima kasih kerana memberi pelbagai warna dan rasa dalam hidupku
.
Malam :)

-Just Quote
-Nrmn
-25 Disember 2014

--

Aku tengok perempuan tudung labuh
Aku tengok perempuan berniqab
Aku tengok perempuan berpurdah
Semua lawa2
Namun kalau kalian tahu , betapa tingginya pandangan mereka terhadap gadis2 seperti itu sebenarnya sangat tinggi.
Wallahi aku sendiri tengok mereka semua aku rasa segan nak dekat aku rasa malu
Cantiknya mereka , manisnya. Allah suka sangat tengok . Memang tak berkelip mata tengok. Bukan apa, aku tertarik dengan mereka . Sopan je kan .
Sebab tu ,
bila aku pakai tudung labuh tu aku rasa takut,
takut nak bawa image tu. Bagi aku nilai tu terlalu tinggi utk dicemarkan dengan akhlak yang kurang sopan . Aku diam . Ada masa aku curi2 pakai tudung labuh pakai purdah.
Aku berdiri depan cermin.
Allah malunya . Tak tak aku tak boleh . Aku tak sesuai. Pakaian ni terlalu mulia untuk aku cemarkan. Kadang2 aku menangis susahnya nak istiqomah. Susahnya aku nak jaga.
Aku diam. Lari dari semua tu. Aku teruskan meneroka . Melihat wanita wanita yang berpakaian seperti itu.
Aku tanya kawan aku , lelaki.
"weh kau cerita dekat aku apa pendapat kau pasal perempuan tudung labuh niqab semua tu?"
Dia balas
" First aku sebagai lelaki , aku respect perempuan ni sebab sanggup pakai labuh2 ni. Kalau aku panas dah berpeluh tapi aku tabik ah sebab diaorang sanggup pakai demi nak kejar syurga. Aku suka tengok perempuan tudung labuh niqab semua ni. Cair gak kadang2. Dulu aku terkejar2 awek seksai free hair tapi bg aku kalau dah tayang semua tu , habis utk aku tinggal apa? Kalau semua dia dah bg laki lain tengok. Sec, aku suka lagi2 bila tudung labuh tu, akhlak jaga, gelak sopan , hubungan dngn kawab3 bukan mahram dia jaga , smua tu lah . aku rasa nak buat bini doh hahah. Tapi, ada satu aku tak berkenan, kebanyakkan nya diaorang ni lemah jugak bila dah main hati dan perasaan. Aku pernah try sorang muslimah ni. Lawa tudung labuh. aku pakai dp ala2 ustad sikit, aku post islamik. aku try ah ayat dia sikit konon aku rasa nak tngok jugaklah perempuan camni macam
mana en dia. Tapi bila aku ayat dia, dia punya layanan tu aku tak tahan. aku rasa eish dah ah takyah cita. Start tu, aku terus pandang, kau tudung labuh ke kau berniqab ke apa aku tetap pandang sama selagi kau boleh tepis kata2 lelaki tu bg aku kau hebat. Tapi aku still respect ah sbb diaorang pakai ni nak jaga maruah tapi mintak ah kalau kau pakai lpsni kau jaga lah semua tu syida. aku nak jugak tngok kau jd icon yg terbaik. jaga weh nilai pakaian tu. Ni kau tetiba tnya aku asal? kau nak pakai ke?"
Aku terkedu setiap jawapan dia. aku balas
"Oh okay haha takde apa saje tanya. aku nak serious pakai? tunggu lah. Buat masa
ni aku jaga . Tapi utk upgrade mcm tu erm nntilah aku fikir. Skrng test2 je pakai . thnks nas "
.
Lebih kurang mcm tu jalan cerita dia. Aku amik masa yg agak lama untuk hadam setiap bait katanya tu. Wallahi aku jd takut . sedih aku kalau aku salah bawak. Memang kita sebagai manusia kita kadang2 terbabas tesilap langkah tapi kita masih boleh berpatah balik.
Memang aku bole je pakai then salah aku patah lah balik . Apa susah en? en?
Tapi.. aku ni mudah lalai. Aku mudah terbuai dengan duniawi. Aku.. aku jadi takut.
Tapi lepas aku dapat tudung labuh ni dari sahabat aku ,
Aku pakai. Tengok cermin.
Hati aku bermonolog . " Sampai bila syida? sampai bila kau nak takut? nak lari"
Malam.
hampir terlena memikirkan.
"Boleh ke aku bawak image ni? boleh ke aku kawal nafsu ni? Boleh ke aku tepis semua tu? aghh !"
Esok pagi.
"Siap pakai jubah. tudung...?"
"ahh nak try lah pakai"
....
Bismillahirahmanirahim. Aku sarungkan.
.
"lawanya kakak, nanti mak nak beli lah kain macam ni"
Aku hanya mampu tersenyum.
Aku...
boleh. InsyaAllah.
Yakin. Allah ada.
Dulu aku pernah, tapi aku terkandas. Aku diam. Hijrah aku hilang. Lenyap seketika.
Azam baru? InsyaAllah. Aku belum
hijrah.
Bila aku nak?
Hanya aku dan Dia sahaja :)
Hijrah tak perlulah dihebahkan. Cukup hanya Kita dn Allah. InsyaAllah.

NRMN
1 JANUARI 2015
SECEBIS KAIN

--

Bahagia.
Siapa je taknak kan?
Siapa je sanggup menangis hari2?
Siapa je nak sedih hari2?
Siapa?
Takkan ada
Tapi kenapa bersedih atas ujian tu? Kesedihan itulah nikmat yang sebenar benarnya jika engkau makin mendekatkan diri dengan Dia.
Manis tak terkata kalau betul2 menikmati mendalami setiap waktu bersama Dia.
Hanya Engkau Sejadah dan Dia .
Manisnya waktu itu.

Aku punya cerita yang ingin aku kongsikan
__________________________________
Macam budak2 lain yang selesai peperiksaan SPM. Masa dipenuhi dengan gadget2. Social. Wechat Twitter Instagram Memang penuh dengan moment2 yang menarik. Ada yang sibuk dengan kerja. Ada yang sibuk dengan bercuti. Waktu tu aku tak boleh tido. Jam menunjukkan lagi 2 jam masuk waktu subuh. Dah alang2 aku tak tido baik aku berjaga nanti telepas pulak subuh. Handphone aku gapai. Buka social network. Hmm okay twitter.
Tangan aku laju scroll. Twitter. Aku mana ada twitter . Guna akaun team khaulah jelah. Scroll. Jari terus naik turun atas bawah .
"hmm bosan takde apa" *tekan button log out* Bukak wechat. Well memang penuh lah moment dengan pelbagai cerita. Namun takde yang menarik perhatian aku disitu. Aku alihkan perhatian aku ke instagram.
Ha sini buat aku terleka seketika. Kadang2 asyik menatap gambar2 following berpuisi bermadah bercerita bersyair berpantun dakwah dan sebagainya.Jari terus scroll timeline insta.
"hmm menarik puisi dia. hmm cantik gambar dia hmm best"
hati aku bermonolog seperti biasa bila lihat sesuatu menarik.
Tiba2 perhatian aku teralih dengan sekeping gambar.
"lawa gambar ni"
mata beralih ke caption.
sedang ayik membaca aku tertarik dengan satu ayat dia .
"Memang adat bagi manusia bila dah jatuh baru nak cari sejadah. Bila bahagia solat dilambatkan. Tak rasa bersalah buat sesuatu untuk puaskan nafsu"
Wowwowo ayat dia. Lain macam je. Tapi fikir balik . Hm betul jugak, dah kena baru ingat sejadah. Sama macam aku jugak kadang2. Bila dah jatuh barulah sejadah tu jd tempat tidur lepaskan semua. Malunya aku.
Tersentap. Pantas tangan mencari button log out.
Mata teralih ke ampaian telekung , sejadah.
"Kenapa aku ni? apa yang aku kejar dengan manusia tu? Kenapa mesti sebab mereka aku menangis sedangkan sikit pon diaorang tak tahu aku menahan sakit ni. Ughh !!"
Hati aku menjerit. Marah. Geram Benci dengan diri yang selalu hanyut ni. Macam mana aku nak istiqomah kalau dah selalu aku layan perasaan hati sedih pasal manusia semua ni? kenapa aku mesti tunduk. Aghhh ! Tak suka !
Azan subuh berkumandang.
"eh kejapnya, aku rasa baru tadi aku je aku scroll semua ni. Biar betul kjp je ? 2 jam habis macam tu je ke? eish pelik jugak kadang2. Hm takpelah bangun ah"
Hati aku berbicara seakan tidak percaya cepatnya masa berlalu.
Kaki melangkah keluar mengambil wudhu.
"sssss sejuk nya "
Mengigil semua anggota badan. Sejuk ya air. Tangan pantas mengambil telekung. dek kerana tak tahan akan kesejukan
Sejadah aku hamparkan.Selesai solat. Aku masih dengan telekung. Duduk termenung. Akal mula berbicara
"Kenapa ayat dia tadi macam semacam. Lagi satu kenapa aku tak rasa apa2 bila aku takde masalah? Kenapa aku rasa lain ? Kenapa aku tk dpt rasa nak tido atas ni?" Akal berbicara. Hati mula rasa tak keruan.
"Memamg adat bagi manusia bila susah baru cari sejadah"
Kenapa kenapa ayat tu.. ayat tu masih ganggu fikiran aku weh? Agh stress !
Rasa kosong. mata beralih ke jam. 6.20 a.m. "What? 6.20 baru? aku rasa lama kot
Pelik kenapa td aku rasa cepat skrng aku rasa lambat..ah mungkin aku leka kot"
Jantung berdegup laju . Rasa tertekan kerana pelbagai soalan bermain diminda.
Handphone aku gapai. Buka moment si Dia. Tersentak. Hati tiba2 rasa sebak. Rasa rasa nak menangis. "Kenapa kau buat aku macam ni? kau tak faham ke aku tak suka? tak suka faham tau tak tak suka eegh !" Aku menangis. Handphone aku letak ke tepi. Sakitnya. Dia tak faham ke aku cemburu ke tak tau ke aku mcam mana. kepala terus aku letak di sejadah. Menangis.
Tiba2...
"Memang adat manusia dah ada masalah baru kenal sejadah"
Allah "Allah Allah aku .. teruknya aku Ya Allah kenapa kenapa aku kejam sangat. Kenapa aku menangis sebab dia bukan sebab Dosa aku Allah Allah Allah"
Badan mula mengigil. Mulut ditekup kuat. Dikhuatiri ahli keluarga yang lain dengar tangisan tu.
Aku teringat satu potongan ayat "Nikmat Allah yang mana kamu dustakan?"
Lagi lah laju air mata itu turun.
Saat itu aku mula sedar,
Masa aku banyak dah aku buang. Apa je perngorbanan aku untuk saham akhirat aku? Apa yang telah aku sumbangkan untuk ummah? Allah. Aku mula menyepi. Tarbiyyah? Ya Allah ketuk hati aku lembut sangat. Tapi mendalam sangat rasanya. Sayangnya Dia pada kita. Kenapa lah aku kejam sangat.
Aku gagal manfaat kan masa. Masa berlalu macamtu drngan hanya 2 jam tadi tu aku rasa Kejap tapi kenapa bila beribadah rasa lama? Kenapa? Itulah nikmat yang terindah yang tak terkata. Dia beri masa yang lebih untuk lepaskan rindu sayang cinta pada Dia. Allah sebak .

NRMN
2 January 2015
Manisnya Ujian

--

Semua ucapkan tahniah.
Terima kasih :)
ﺍَﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﺻَﻞِّ َﻋﻠﻰ ﺳﻴﺪﻧﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ ﻭَ ﻋَﻠَﻰ ﺁِﻝ ﺳﻴﺪﻧﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪ

Perjalanan aku bermula di sini.
Hati aku bawa pergi
Air mata bertahan
Senyum teruslah kamu ukir
Dari situ aku membuat mereka semua bahagia
Aku? Biarlah. Asal mereka bahagia.
Aku perhati masing2 dari jauh.
Kuatlah hati.
AturanNya sangat indah.
Perjalanan aku bermula.
Bismillahirahmanirahim

NRMN
3rd January 2015
PERJALANAN

--

Mereka yang memandang aku mulia,
Tak pernah melihat aibku.
Mereka yang menganggap aku bahagia,
Tak pernah melihat luka dan calar dihatiku.
Mereka yang menyangka aku kuat,
Tak pernah melihat air mataku.
Mereka yang melihat aku sempurna,
Tak pernah mengetahui kekuranganku.
Jujur,
Allah lah yang menyembunyikan semua itu,
Dari pandangan kamu.
Kerana,
Terkadang,
Tak semua hal perlu kau tahu.

NRMN
5 JANUARY
PANDANGAN

--

Bismillahirahmanirahim
Ingin aku kongsikan satu cerita..

"Ustazah, saya seringkali tewas dalam bermujahadah. Semakin saya bermujahadah, semakin kuat pula saya diuji oleh Allah. Saya berazam hendak jadi muslimah yang lebih baik. Namun, keasyikan dunia disekeliling saya membuatkan iman saya tunggang terbalik. Berilah saya tips bagaimana hendak bermujahadah supaya hidup saya lebih terarah. Bantulah saya ustazah,” luah seorang remaja kepada saya dalam sebuah e-mel.

Tersentuh hati saya saat membacanya.          ‘Lunak sungguh hati remaja ini,’
fikir saya.
Apakah Maksud Mujahadah itu?
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, pengertian mujahadah ialah perang atau perjuangan untuk mempertahankan agama Islam.
Selain itu, mujahadah juga membawa maksud jihad.
Pengertian mujahadah secara umum pula ialah berjuang bersungguh-sungguh untuk melawan musuh. Siapakah musuh itu? Tentu sekali hawa nafsu!
Berkata Imam Al-Ghazali dalam kitabnya, Minhajul Abidin, “Hawa nafsu ialah musuh yang sangat keji dan hina malah mencelakakan serta sukar untuk dihindari.”

Oleh sebab itu, kita haruslah berwaspada.
Hal ini kerana :
1. Hawa nafsu merupakan musuh dari dalam dan bukan musuh dari luar seperti syaitan sebagaimana syair di bawah ini,          ‘ Nafsu sentiasa mengajak aku ke jalan celaka hingga aku merasa sakit dan ngeri. Bagaimana seharusnya aku bertindak jika musuh itu menyelinap di antara tulang rusukku.’

2. Hawa nafsu ialah musuh yang disukai. Maka, manusia yang mencintainya akan menutup mata terhadap segala keaibannya sebagaimana yang dikatakan dalam syair di bawah ini,
Engkau tidak akan melihat keaiban orang yang engkau cintai dan orang yang engkau jadikan saudara,
Bahkan tidak sedikitpun keaibannya akan terlihat bila engkau sudah mencintainya,          Mata yang redha itu rabun terhadap keaiban,
Sedangkan mata yang benci akan melihat segala keaiban yang ada.’
Imam Al-Ghazali berkata lagi,
"Hawa nafsu sangat sukar diajak berkrompomi dalam membulatkan hati untuk beribadat kepada Tuhan kerana hawa nafsu akan sentiasa menjauhkan kita dari Allah S.W.T.
Oleh sebab itu, kita memerlukan sesuatu dalam mengendalikan hawa nafsu iaitu taqwa.”

Jadi, apakah tips yang terbaik dalam bermujahadah? Tentu sekali jawapannya ialah takwa kepada Allah S.W.T!          Dengan mempunyai sifat takwa yang tinggi, nafsu jahat dapat ditumpaskan sekaligus dapat meningkatkan iman kepada Allah S.W.T.
Pengertian Taqwa
Taqwa bererti takut, patuh dan tunduk kepada Allah S.W.T. Firman-Nya yang bermaksud :-

"Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa.”
(Surah Ali-Imran Ayat 102)
Dengan adanya sifat taqwa dalam diri, kita akan lebih mudah menguatkan diri kita dalam bermujahadah. Masakan tidak, perasaan takut kepada Allah S.W.T yang wujud dalam diri akan membuatkan kita lebih berhati-hati dalam mengambil tindakan seharian.

NRMN
5 January 2015
MUJAHADAH

--

Kau kena sedar,
kau makin besar.
Bukan budak2 yang
Nak mengada
menangis
menjerit
hentak kaki nak gula2
nak patung
nak main nak susu nak itu ini.
Kau kena sedar sekarang
kau bertapak di mana.
Lari, kau nak lari mana?
Kau takut hadapi dunia yang penuh dengan benda menakutkan ni?
Kau lupa siapa cipta ?
Kau lupa siapa yang jadikan semua ni? Kenapa kau takut?
Kenapa kau pandang sana?
Pandang sini.
Ikut aku
Ayuh aku pimpin tangan kau
Aku bawa kau tempat-tempat
Di mana kau akan bersyukur kerana kau dapat melihat merasa ciptaaNya
Menikmati segalanya
Dia memberi pelbagai cara untuk memuaskan setiap keinginan kau
walau kadang bukan yang kau pinta
Tapi Dia ganti dengan yang lebih baik
Apa kau masih mahu merungut saat Dia jentik kau dengan ujian?
Apa susah tinggalkan laranganNya?
Apa susah sujud padaNya?
Apa susah kau mahu letak Dia dalam hati kau?

Kau kena tau,
Kau semakin dewasa
Ujian kau bukannya sedikit
Alam remaja sudah muka ujian hati
Kenapa hati aku dahulukan?
Kerana saat umur meningkat remaja
Hati sudah mula tergoda nafsu membuak
Perasaan ingin didampingi ingin dibelai
membuak apatah lagi saat lihat orang lain berkasih sayang
Kau cemburu?
Tipu hati kau tidak terdetik perasaan Ingin itu.

Mana mungkin kau dapat berlari masuk ke syurga itu dengan mudah
Mana mungkin semudah itu kaki kau melangkah
Karpet merah dibentang tapi penuh dengan durinya
Tapi percaya durinya itulah yang membawa kaki kau melangkah ke sana

Usah kau bersedih
Usah kau mengeluh
Usah kau tangisi
Usah kau menyesal
Kerana setiap yang diciptakanNya ada kejutan yang menanti

NRMN
17 January 2015
KEKUATAN

--

Pandang langit
Senyum
Tundukkan pandangan ke kaki
Tangan ke poket jaket
Aturkan langkah
Berjalan dan terus berjalan
Melalui celah celah kawasan yang bingit dengan pelbagai suara manusia
Huh..
Sedikit keluhan berat dilepaskan
Abaikan sahaja mereka
*suara hati berbisik*
Kaki terus melangkah

--

Dia sahabat mengejar kejayaan
Dia teman juga sibuk mengejar kejayaan
Dia yang menemani semakin dikenali semakin meningkat semakin sibuk

Aku?
Di mana?
Aku
Di sini
Masih dengan dunia aku
Masih dengan cerita aku
Cuma kemeriahan
Gelak tawa yang dulunya selalu membuat mereka tersenyum
Kini hanya membisu
Di tanya sepatah jawabnya sepatah
Pelik? Kenapa aku berubah?
Keceriaan yang dulu kian pudar
Hanya mampu perhatikan dari jauh

Tangan terus menerus menulis luahan
Bukan seperti mereka yang hebat berpunjangga
Aku, sebatang pen dan sebuah buku
Di simpan rapi dalam beg sandang
Ada masa aku tulis
Ada masa aku hanya memandang seolah mata yang berbicara segalanya

Satu kelemahan bagi aku,
Gagal buat mereka yang aku sayang
Tersenyum, Ketawa , Bahagia.
Tiada istilah sepi , air mata atau keseorangan
Kerana
Hadirnya aku, aku berusaha membuat mereka tersenyum

Tapi harus diingat itu semua sementara
Walau hubungan itu diikat dengan ikatan yang sah,
akan terputus juga.
Siapa bilang jika sudah berkahwin tiada istilah perpisahan?
Kematian adalah perpisahannya
Tunang tidak semestinya dialah jodoh buatmu
Pasangan itu tidak kekal
Kerana Dia yang Maha Esa tahu segalaNya dan semuanya sudah ditulis

Redhakanlah setiap perpisahan
Mungkin saat ini kau menjadi teman
Mungkin saat ini kau yang diperlukan
Tapi satu masa
Kau akan menjadi kenangan buat dia
Mungkin dia sedang melakar kebahagiaan dia sendiri
Siapa tahu
Setiap orang mempunyai perancangan masa depan untuk yang lebih baik

Tapi harus diingat
Rancanglah saham buat akhiratmu
Supaya yang ditimbang itu berat kepada amalan bukan dosa
Berdoalah supaya amalannu sentiasa diterima
Niatlah keranaNya

Andai kau pernah disakiti oleh insan yang bernama manusia
Itu wajar kerana kau dikurniakan hati
Hati untuk merasa
Hati itu benda ghaib yang tidak dapat dilihat
Bayangkan jika setiap kali disakiti ia berdarah
Apa akan jadi? Berkecai lembik memek
Siapa yang mahu lihat?
Kau. Sanggup?
Hanya air mata sahaja yang dapat melegakan
Tapi lebih indah pada sejadah tempat kau bersujud

Aku doakan kau sentiasa kuat tabah dan sentiada dalam jagaaNya
Tidak kira siapa pon kamu,
Teman Kawan Sahabat
Aku sayang kalian
Ini bukan cerita novel
Bukan ayat untuk minta simpati
Bukan ayat untuk menarik perhatian
Tapi ayat untuk engkau insan yang aku sayang

Kesibukan
Dunia
Kerja
Umur
Meningkat
Engkau
Semakin
Membesar
Dunia
Semakin
Kau
Kenali

Aku harap kau tabah.
Harus kau ingat,
Aku sentiada ada dihati selagi kau mengingati aku
Aku hanya diam dan perhati dari jauh kebahagiaan kamu
Ingat apa yang aku mahu dari kamu
"Senyuman kamu penawar bagi setiap luka aku"

Teruskan ke hadapan
Doaku mengiringimu

NRMN
25 January 2015
Perpisahan

--

Kosong.

Kini sendiri di hari2 ku.

Duduk di bangku
Termenung
Lihat langit
Bintang Bulan
Cantiknya.
Huh
Keluhan berat
Simpan lah apa yang di rasa
Biarlah yang pergi
Redhakan yang lupa
Teruslah melangkah

--

Page 29 of 2015

Dulunya yang suka mengejar
Kini berhenti mengayuh
Terlalu ramai yang mengejar
Susah untuk ditempuhi
Berhenti Berehat
Diam terpaku
Toleh kiri kanan
Masih ramai mengejar

Hujan lebat turun
Lihat di awan
Adakah sama seperti mata dan hati?
Hati tidak dapat menampung kesedihan
Mata mengeluarkan air mata jernih
Meredah hujan yang lebat
Mampuku sorokkan air mata yang bercucuran tapi belum mampu lindung sendu itu

--

Waktu kau pergi. Mereka tinggalkan aku. Aku terkapai mencari seseorang untuk aku luah sedih sakit manja marah bahagia. Tapi hati rasa. menganggu kebahagian mereka. Rasanya tak perlu aku cerita. Biar aku diam di sini. Memerhati dan terus memerhati . Ada masa aku menangis sendirian. Termenung. Sedih. Hiba. Pilu. Tapi rasanya cukuplah aku bersedih pada mereka yang tiada. Aku bergerak ke sebuah taman. Mencipta kebahagian sendiri. Berlari mengejar kupu2 yang berterbangan. Memetik bunga di taman yang mekar harum baunya. Nafas ditarik sedalamnya. Hembusan yang lembut dilepaskan. Kadang sedih itu datang tanpa diduga, saat otak memikirkan sesuatu pasti air mata yang menemani. Melihat diri yang semakin hari buat aku rasa lemah . Kuatlah. Kuat sampai ke syurga. Biarlah dia mereka bahagia di sana. Cukuplah sekadar memerhati. Salam Kemaafan dari aku.

--

Masih wujudkah persahabatan atau hubungan
yang terjalin tanpa melibatkan hati dan perasaan,

Kerana aku masih takut dengan kisah yang lalu,
Aku takut untuk memberi ruang pada yang lain,
kerana luka yang lalu masih belum pulih setiap satu,

Aku cuma perlukan teman,
untuk berkongsi cerita dan kenangan,
Hati aku kosongkan,
Untuk aku isi cinta terhadap Tuhan,

Tapi hadirnya insan yang bernama manusia,
kadang hadir nya itu membuatkan fitrah itu wujud semula,

Aku cuba tepis,
Aku pergi menghilangkan diri
Tapi sukar untuk aku lari dari kenangan,
Kadang ia membuat aku menangis

Jauh dilubuk hati aku meronta
Andai aku mampu putarkan masa
Takkan aku biarkan semua ini menyiksa,

Tapi semua itu hanya aku mampu disuarakan dalam hati
Siapa aku untuk mempersoalkan takdir yang dah dijanji,

Ramai yang hadir,
Berlagak seolah faham apa yang aku rasa,
Hakikat kosong sebenarnya,
Kata hanya menjadi kiasan untuk memujuk hati lara,
Tapi semua itu hanya cubaan sahaja,

Ku relakan lihat dia bahagia,
Disamping seseorang yang bisa menjaganya,
Baru kakiku melangkah,
Kerna aku tahu dia yang disisimu
Pasti yang terbaik buat dirimu,
Apatah lagi dia dengan nya sungguh selesa,
Selamat belaka,

Harapan aku hanya satu
Melihat kau bahagia
Setelah melihat kebahagiaanmu
Baru aku pergi
Baru aku bisa bernafas dengan tenang disini,

Macam tipu diri sendiri sahaja,

---------------------------------

Gabungan dua idea

CeritaMonolog | Nrmn | Tumblr
Puisi | SheikhFrost | Instagram

--

Banyaknya manusia yang bijak berkata tentang hati perasaan kehidupan
Bermadah pujangga

Hakikat semua itu kau kenal setelah kau dilukai
Kau disakiti
Kau ditinggalkan
Insan yang bernama manusia

Penat mata membaca luahan demi luahan
Hakikat kosong
Kosong yang dirasakan
Tidak satu pon yang aku dapat katakan ianya benar

Apa yang kau tahu tentang kehidupan?
Masihkah terdapat pemuda yang berjiwa khalifah dalam dunia ni?
Oh tidak
Aku lupa
Masing2 sedang mengejar title masing

Mungkin juga dia yang hebat tersenyembunyi
Siapa tahu yang tidak memaparkan segala tentang apa yang dilakukan
Sedang berjuang jalan ke syurga
Coretan ini mengingatkan aku tentang
Arwah Ahmad Ammar
Dalam diam siapa tau

Tiba satu masa dia pergi mengejutkan dunia
Pemuda islam itu dalam diam pergerakkannya tidak dihebahkan seperti yang lain
Mengejutkan ummah yang lena bangkit berjuang

Masihkah wujud suasana seperti itu?

Entahlah

NRMN
7 Februari 2015
Khalifah

--

"Ehh..ada hati nak tegur orang..
heii..cermin la diri tu dulu!"

Ehemm2, hendak tegur sedikit ye

Dalam islam, Tiada istilah...
"Cermin diri dulu, Baru betulkan org lain"

Yg ada cuma
"Aslih Nafsak Wad'u Ghairak"

(perbaikilah diri kamu dan pada masa yang sama ajak la orang lain)

--

Save the Love
Save the love
From being spoiled
By the presence of sins
Save the love
To preserve it's sacredness
For Him and His messenger
Save the love
From being cheap
As you confess it to your girlfriend
Save the love
To take yourself
Away from Jahannam
Save the love
Because I love you
So both of us can meet in Jannah

--

Rindunya tangisan ketika dirimu pergi. Aku baru kenal apa itu hijrah. semangat mahu menjadi seperti dirimu sangat kuat. Di pertengahan jalan aku terbabas. Terkandas dalam penjara nafsu. Kini Dia yang aku kagumi dalam diam kini pergi. membakar semula semangat aku. Tenanglah kalian disana wahai penduduk syurga.

--

Walau terpaksa gembira dalam duka
Aku sanggup

Walau terpaksa melawan perasaan dalam lautan air mata
Aku rela.

Demi kebahagiaan keluarga
Demi keriangan sahabat
Aku sanggup
Walau hati perit
Aku harus konklik

Sebab aku tahu
Aku mampu.

--

1 2 3 4 dan 5
Jari menari
Terus menerus mengira
Selepas ini siapa pula?
Mungkin dia yang berada disamping aku sekarang ?
Nota ditinggalkan
Kenangan dikemaskan dan disimpan
Keluhan
Sudahlah
Tiba masa kau kembali padaNya
Cukuplah manusia yang datang dan pergi itu untuk kau jadikan pengajaran dan dapat buka mata hati kau
Yang ini semua pinjaman

1 mac
Pinjaman

--

Scroll timeline Facebook,
Baca status Islamik sana sini,

Upload gambar dekat Instagram
With muhasabah's caption,

There's too much Islamic quotes on Twitter,

And we just retweet it over and over,
Too much things to shared from Islamic pages,
Islamic videos and messages on Youtube,

Allahu Allah,

Tak tahu kenapa,
Tercalarnya rasa di jiwa,

Bila dengar kata-kata dia,

Ya,

Masih ada sesuatu yang tak cukup,
Aku boleh katakan something yang kosong,

24 hours on social network,
Boleh memualkan tekak,

And thats it you said so called ‘daie’ ?

Sedang amal tak sempat nak praktik,
Bila kau nak keluar bantu ummat ?

Sebab Daie yg berjaya,
dapat mendidik dan menginspirasi masyarakat luar sana,

Sebab orang yang baik baik,
akan terinspirasi untuk membaikkan orang lain,

Come on!
We Sisters and Brothers, right?

Nak masuk Syurga bersama,
Kan ?

Muhasabah diri sendiri

--

Saya tertarik dengan kalam Ustaz Halim,

"...yang mati Rasulillah, tetapi agamanya tidak mati. Kenapa kamu tangisi jasad Nabi yang wafat tetapi kamu tidak berfikir untuk hidupkan agama ini? Nabi telah wafat, tapi dia tinggalkan sunnah.."

--

Tundukkanlah Pandanganmu;
"Al-Imam Hasan Al-Basri diwaktu remajanya, sebelum beliau menjadi alim. Sebelum beliau menjadi wali yang zuhud. Beliau adalah seorang yang tampan segak dan sentiasa memakai pakaian yang mahal. Beliau sering kesana sini didalam kota seperti anak-anak muda yang lain bermundar mandir dikota tanpa tujuan hidup."
.
“Suatu hari ketika berjalan-jalan di kota Basrah, dia terpandang seorang perempuan yang cantik dengan sepasang mata yang sangat menarik. Datanglah rasa ghairahnya sehingga tanpa sedar kakinya terus mengekori perempuan cantik itu.”
.
“Perempuan itu sedar ada orang mengekorinya, lalu menoleh kepadanya; “Tuan terus mengekori saya, apakah tuan tidak malu?” Hasan pun menoleh kiri dan kanan dan mendapati tiada siapa di situ. Beliau menjawab, “Nak malu pada siapa? Bukan ada orang melihat.” katanya.”
.
“Jawab perempuan itu, Allah mengetahui Sekalipun pada Allah yang Maha Mengetahui itu khianatnya pada mata dan apa yang tersembunyi di sebalik dada.” kata perempuan itu.”
.
“Hasan terkedu mendengarnya tetapi kerana tak mampu melawan nafsunya, dia tetap mengekori perempuan itu.
“Mengapa tuan masih mengikut saya?” “Saya tertarik dengan dua matamu yang cantik.”
.
“Baik, tuan tunggulah di sini. Biarlah saya pulang dahulu dan akan saya hantarkan apa yang tuan mahu” kata perempuan itu. Hasan pun menunggu dengan rasa berdebar-debar.
Tidak lama kemudian, datang seorang pembantu perempuan tadi menghulurkan suatu kotak berbalut sapu tangan.
” Tuan, ini tuan saya kirimkan untuk tuan.”
.
“Dengan rasa amat gembira, Hassan pun membuka kotak itu.
Alangkah terkejutnya apabila di dapati dua biji mata yang berlumuran darah. Perempuan yang tuan ekori tadi ialah majikan saya. Dia berpesan, dia tidak mahu memiliki mata yang membawa fitnah atas orang lelaki. Dia mengirim mata ini agar tuan boleh menikmati dan terbebas dari godaan itu. Ambillah tuan.”
.
“Menggigil tubuh badan Hasan al-Basri dengan peristiwa menyayat hati ini. Semalaman dia menangis bertaubat kepada Allah سبحانه وتعالى. Keesokan harinya, Hasan pun pergi ke rumah perempuan tadi untuk meminta maaf tetapi menurut jiran berdekatan, perempuan itu telah meninggal dunia kerana terlalu sedih akan dosanya. Terketar-ketar badan Hasan mendengarnya, dan rasa bagaikan hendak tumbang.”
.
“Menangislah dia selama tiga hari di rumahnya. Pada akhir malam yang ketiga itu, Hassan telah bermimpi melihat perempuan tersebut sedang duduk di taman syurga. Perempuan itu berkata; “Wahai tuan, dari dulu lagi saya telah memaafkan perbuatan tuan kepada saya itu, kerana dari perbuatan tuan saya akhirnya mendapat kemuliaan disisi Allah سبحانه وتعالى.”
.
“Jawab Hassan; ” Kalau benar engkau maafkan saya, berilah saya nasihat agar saya menjadi antara golongan orang-orang yang soleh. Jawab perempuan tersebut;, Bertaubatlah waktu tuan sedang bersendirian atau ketika ramainya orang. Sentiasalah ingat Allah سبحانه وتعالى dan berzikirlah bersungguh-sungguh pagi dan petang, perbanyakkan istighfar.”
.
“Setelah itu, Imam Hasan Al-Basri pun mengamalkan nasihat itu. Beliau akhirnya dikenali sebagai wali yang zuhud, taat dan termasyur kerana memiliki akhlak yang mulia. Begitulah sejarah mempamerkan kehebatan wanita yang beriman. Begitu takut mendedahkan kecantikan dirinya kepada lelaki yang mampu mengundang seribu fitnah.”
.
“Itu dizaman imam hasan. Lebih-lebih lagi pada zaman yang penuh kerosakan ini. Takut dengan murka Allah سبحانه وتعالى, maka sanggup di leraikan dunia yang membawa fitnah ke atas kaum lelaki. Benarlah firman Allah سبحانه وتعالى, Tundukkanlah pandanganmu wahai lelaki terhadap wanita itu kerana sering berlaku “panahan syaitan” di matanya.”
-Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari.

--

“Wahai masa lalu yang telah berlalu dan selesai, tenggelamlah seperti mataharimu. Aku tak akan pernah menyesal dan menangisi kepergianmu, dan kamu tidak akan melihatku termenung sedetikpun untuk mengingatmu. Kamu telah meninggalkan kami semua. Pergilah dan jangan pernah kembali lagi.”

--

Bekunya air mata kerana kerasnya hati. Kerasnya hati dari banyaknya dosa. Banyaknya dosa kerana lupanya tentang kematian. Lupanya tentang kematian kerana terlalu cintakan dunia :')

--

Saya mintak maaf--

Saya mintak maaf kalau saya tak mampu jadi sahabat yang terbaik untuk kalian
Saya mintak maaf kalau saya seorang yang membosankan , yang tak boleh nak keluar lepak jalan-2
Saya mintak maaf kalau kata-2 saya ada buat kamu tersinggung
Saya pasti kamu akan pergi dari hidup saya--
Tapi sebelum kamu pergi , izinkan saya cipta kenangan kita untuk saya simpan
Sekurang2nya saya tahu, saya pon pernah bahagia ada kawan macam awak
Kan awak ☺️

-----